父母 是孩子的专家 孩子 是父母的老师 文轩 是父母的支持者

2011年1月17日

友族同胞的喜悦

“Pada mulanya, saya memang ragu-ragu dan tidak yakin kerana saya sangka program ini adalah untuk belajar membaca, menulis dan mengira. Akan tetapi, saya berserah kepada Allah selepas berbincang dengan pengetua VE, Ms.Sally Tan. Saya memang kehabisan idea untuk membantu anak saya. Saya berdoa agar Allah boleh memberikan petunjuk kepada saya.” Inilah luahan hati seorang ibu.

Afirul yang berusia 5 tahun lebih suka lari berkeliaran, menyanyi dan menjerit kuat sesuka hati, tetapi masih kurang berkomunikasi dengan orang lain, tidak faham arahan, tidak pandai mengendalikan diri seperti mandi, berus gigi, pakai baju dan cara makan yang betul. Afirul juga bereaksi lambat, emosi tidak stabil dan tidak mengecam sesiapa pun. Afirul tidak boleh duduk diam, suka main dengan diri sendiri dan tidak mempedulikan rakan-rakan semasa di sekolah.

Selain itu, ibu Afirul pernah berniat untuk pindah ke tempat baru supaya Afirul mempunyai suasana yang baru kerana neneknya yang terlalu memanjakan cucunya. Niat ibu ini tidak berjaya kerana tidak sampai hati meninggalkan nenek tinggal keseorangan.

“Alhamdulilah… syukur kepada Allah bahawa segala usaha yang kami curahkan tidak kira dari segi masa, kewangan dan sokongan daripada suami dan mak saya (nenek Afirul) untuk menyertai program ini telah membuahkan hasil yang amat bermakna kepada saya. Walaupun susah dan letih, tetapi kami berasa sangat gembira dan berbaloi ? Apabila saudara mara menjenguk kami, mereka juga memuji Afirul sekarang tidak sama seperti dulu…” Inilah kebenaran yang dikatakan oleh ibu Afirul.

Selepas menyertai program ini untuk bulan kedua, ibu berkata bahawa keadaan Afirul telah banyak berubah dan bertambah baik. Contohnya:
1. Sudah boleh mengawal emosinya dengan baik (kurang menjerit dan lari berkeliaran),
2. Boleh duduk diam,
3. Sudah ada perasaan takut dan boleh mengecam orang apabila menghampiri orang asing,
4. Reaksi lebih pantas dan boleh memahami arahan apabila bercakap dengan dia,
5. Sudah boleh menyebut angka antara 1-10,
6. Boleh mengendalikan diri sedikit seperti memakai baju, membuka kasut, menyimpan mainan sendiri selepas bermain, makan sendiri dengan menggunakan sudu dalam kuantiti yang sedikit.

Dari segi pertuturan, Afirul juga sudah boleh bercakap sedikit seperti: “Ma ma… nak nasi / kencing”, “Ma ma… off off.” (menyuruh ibu menutup kipas, lampu dan TV sebelum masuk tidur.) Bukan begitu sahaja, malah apabila adiknya menangis, Afirul akan mencium adiknya sebagai tanda sayang.

Apabila menanya apakah harapan ibu terhadap Afirul, ibu menjawab: “Setiap ibu bapa juga berharap yang terbaik untuk anak-anak mereka. Saya juga tidak terkecuali, tetapi tidak kira apa jua keadaan anak saya, saya tetap menerimanya dengan hati yang terbuka dan tetap menyayanginya seperti budak biasa. Saya juga berserah segalanya kepada Allah kerana saya percaya segala perkara yang berlaku, tentu ada hikmatnya.”

“Di sini, saya amat bersyukur kerana bertemu dengan VE dan ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada VE kerana VE, anak saya Afirul berpeluang untuk berubah.”

孩子 : Afirullah 阿菲儒拉 (5岁3个月)
* 由老师和母亲做采访。

开始上课:2010年6月1日
情况:
•  反应慢
•  坐不定、到处乱跑
•  不会沟通、听不懂指示
•  情绪不稳定、爱大声喊叫
•  不会认人(不管是家人或陌生人)
•  自理能力差,如不会独立刷牙、冲凉、穿衣、穿鞋等
•  吃饭时仍需要母亲喂食。

采访:2010年9月
情况:
•  情绪较稳定、较少大声喊叫
•  可以坐定、较少到处乱跑
•  会识别家人或陌生人
•  靠近陌生人时会感到害怕
•  反应较快、听得懂指示
•  会数 1至10
•  开始会自己穿衣、脱鞋、收拾玩具等
•  会用汤匙舀一点食物自己吃
•  会开始向母亲索取食物、示意要上厕所、睡前会叫母亲关灯、关电视等
•  弟弟哭泣时,会亲吻弟弟安慰他。


文轩感统月刊 第三十五期 《有爱。语言无障碍》